Ukiran Kayu dalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya.
TERENDAK MELANAU
TERENDAK MELANAU TERENDAK kepala mengikut definisinya adalah sejenis topi atau penutup kepala yang berbentuk kondan. Kebiasaannya terendak tradisional diperbuat daripada daun nipah, buluh atau rotan. Proses pembuatan terendak tradisional bukanlah semudah yang disangka kerana ianya memerlukan mereka yang mahir untuk membuat anyaman demi anyaman bagi menjadikan satu terendak yang menarik. P emakaian terendak kepala bagi masyarakat Melanau sekarang adalah lebih kepada salah satu aksesori lengkap di dalam kostum tradisi masyarakat Melanau yang sering digunakan ketika menghadiri Pesta Kaul ataupun perayaan-perayaan tradisi masyarakat Melanau sekarang.
Comments
Post a Comment