Posts

TERENDAK MELANAU

Image
TERENDAK  MELANAU TERENDAK kepala mengikut definisinya adalah sejenis topi atau penutup kepala yang berbentuk kondan. Kebiasaannya terendak tradisional diperbuat daripada daun nipah, buluh atau rotan. Proses pembuatan terendak tradisional bukanlah semudah yang disangka kerana ianya memerlukan mereka yang mahir untuk membuat anyaman demi anyaman bagi menjadikan satu terendak yang menarik. P emakaian terendak kepala bagi masyarakat Melanau sekarang adalah lebih kepada salah satu aksesori lengkap di dalam kostum tradisi masyarakat Melanau yang sering digunakan ketika menghadiri Pesta Kaul ataupun perayaan-perayaan tradisi masyarakat Melanau sekarang.
Image
Ukiran Kayu dalah seni  kraftangan  yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia  terutama bagi masyarakat  Melayu , masyarakat etnik  Sabah  dan  Sarawak  serta masyarakat  Orang Asli . Seni ukiran  yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya. 
Image
Produk kraftangan yang terdapat di Sarawak telah pun dihasilkan sejak ratusan tahun yang lal u oleh generasi terdahulu dengan ciri -ciri keunikan yang tersendiri yang melambangkan adat dan budaya etnik-etnik dan kaum di Sarawak. Seni kehalusan pada kraf tangan tersebut juga memperlihatkan tahap kualiti sesuatu produk tersebut .